Sertai kempen #TerusAktif
Arrow

Tongkat Ali Bantu Tingkatkan Prestasi Untuk Lakukan Aktiviti Kegemaran

August 15, 2021

Dah makin ramai rakyat Malaysia yang sedar mengenai kepentingan gaya hidup sihat supaya risiko mendapat penyakit kronik dan jadi tidak bermaya bila mencecah usia senior dapat dikurangkan. Semua individu mesti nak hidup sihat dan bertenaga walaupun di usia tua, betul tak?

Untuk melakukan aktiviti yang diminati terutamanya aktiviti fizikal, pengambilan suplemen sebagai tenaga tambahan adalah perlu. Antara suplemen yang boleh diambil adalah yang berasaskan herba seperti Tongkat Ali yang memang terbukti memberi banyak manfaat kepada badan manusia. Kalau anda sukakan gaya hidup aktif, anda kena baca sampai habis kalau nak tahu macam mana Tongkat Ali boleh bantu anda! 

Terus Bertenaga Dengan Larian Harian

Ada orang yang memang menjadikan jogging dan larian sebagai rutin harian atau mingguan. Aktiviti ini adalah seperti proses ‘recharge’ tenaga untuk menempuhi cabaran harian. Sebab itu badan memerlukan sokongan yang konsisten seperti Tongkat Ali untuk memberi lebih tenaga sebelum, semasa dan selepas aktiviti larian.  

Daki Bukit tanpa Rasa Lesu

Bukan senang untuk daki bukit, tapi cabarannya menarik minat ramai orang untuk menjadikannya sebagai aktiviti mingguan. Tapi aktiviti mendaki ini memang memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi. Jangan risau, dengan pengambilan Tongkat Ali sebagai bahan tenaga harian boleh bantu tambah tenaga anda dan jadi lebih bersemangat untuk lakukan aktiviti dakian. 

‘Workout’ dan Tingkatkan Stamina

Tak kira sama ada anda suka workout di rumah atau di luar, tahap stamina anda mesti kena pada tahap yang optimum. Anda boleh cuba tingkatkan tahap prestasi dengan herba tradisional seperti Tongkat Ali. Ia adalah solusi terbaik sebab Tongkat Ali memang telah dibuktikan secara klinikal mampu untuk meningkatkan tahap stamina dan tenaga anda. 

Yoga untuk Kekalkan Kerohanian Dalaman

Bagi anda yang minat melakukan yoga, pastinya tahap fokus adalah penting. Kalau anda nak tahu, selain daripada memberi tenaga, Tongkat Ali juga berfungsi untuk menambahbaik tahap fokus anda. Memang sangat sesuai untuk anda yang minat yoga sebab anda dapat menikmati dua manfaat pada masa yang sama. 

Sekarang anda mesti terfikir kat mana nak cari suplemen Tongkat Ali yang terbaik di pasaran kan? Tak payah pergi jauh, sinikan ada Nu-Prep. Nu-Prep mempunyai kandungan tulen ekstrak akar Tongkat Ali yang pertama dipatenkan di dunia iaitu Physta®. Lagi best, ianya memang asli dan semula jadi. Cuba amalkan Physta® yang terkandung di dalam Nu-Prep secara konsisten dan rasai perbezaannya!

Farmasi : 
GuardianCaring Pharmacy
Farmasi Seluruh Malaysia
Pembelian Atas Talian :  Marketplace Utama
Biotropics Malaysia
ShopeeLazada
Kedai Jamu : 
Permata Herba
09 296 0960
TKL Advance (Kedah)
017 367 3808
Ikuti Media Sosial Kami

Tongkat Ali Bantu Tingkatkan Prestasi Untuk Lakukan Aktiviti Kegemaran