Sertai kempen #TerusAktif
Arrow

Kekal Sihat & Terus Aktif Pada Usia Emas

September 10, 2021

Bak kata orang putih, “Health is wealth”. Kesihatan ni memang sangat berharga, lebih dari wang tunai. Yalah, kalau anda jutawan sekalipun, tapi kalau kesihatan tak okay, asyik keluar masuk hospital pun tak syok, betul tak. Sebab tu kena maintain jaga kesihatan supaya tak jatuh sakit walaupun dah berusia nanti. Tapi ada jugak persepsi yang kata bila dah mencecah usia emas, confirm selalu rasa lemah, tidak berdaya dan minda kurang cerdas. Tapi sebenarnya warga senior boleh mengubah semua ini dan terus menikmatiproses penuaan yang berkualiti. Hah, kalau nak terus aktif walaupun usia meningkat, bacalah selanjutnya!


Pastikan Minda Kekal Fokus

Untuk kekal fokus, anda hanya perlu pastikan minda anda tak terlalu stres dan sentiasa berfikiran positif.  Kalau anda asyik stres dan fikir benda yang negatif, memang susahlah minda anda nak fokus. Mudah je kalau nak alihkan pemikiran yang negatif tu. Cuba buat aktiviti-aktiviti  yang dapat merangsang pemikiran dan memberi kepuasan kepada anda seperti mempelajari bahasa baru atau membuat aktiviti sudoku atau jigsaw puzzle.


Tingkatkan Kekuatan Fizikal Badan

Jangan percaya bila dengar warga senior tak kuat untuk membuat aktiviti fizikal yang bersesuaian. Sebaliknya, memang penting untuk anda bergerak secara aktif supaya otot badan sentiasa kuat. Antara cara anda boleh pastikan badan kekal cergas dan kuat secara fizikal adalah dengan membuat senaman ringan seperti berjalan, berbasikal ataupun senaman yoga yang bersesuaian untuk warga senior. 


Nutrisi Mengikut Keperluan Tubuh

Mesti semua tahu kepentingan memahami keperluan nutrisi yang bersesuaian mengikut kesihatan setiap individu. Kenalah ingat nutrisi yang anda perlukan mungkin berbeza dengan orang lain walaupun umur yang sama. Jadi lebih baik dapatkan konsultasi daripada pakar nutrisi atau doktor anda untuk pastikan diet harian merangkumi nutrisi yang penting untuk badan anda. Tapi jangan ragu-ragu, teruskan konsisten makanan yang sihat dan berkhasiat sebab ia akan sentiasa memberi manfaat kepada tubuh badan anda.  


Suplemen Untuk Sokong Kesihatan

Bila dah cecah usia senior, tak boleh kita ambil ringan tentang kesihatan badan secara menyeluruh. Amat penting untuk anda mengambil inisiatif ekstra seperti pengambilan suplemen secara harian. Ini dapat bantu menyokong anda untuk mengalami proses penuaan secara tenang dan aktif sepanjang umur. Suplemen ni pun kena tengok manfaatnya dengan keperluan badan kita. Kalau cepat letih dan kurang bertenaga, of course lah kena ambil Nu-Prep! 


Sekarang mesti anda lebih clear apa yang perlu dibuat, betul? Jangan tunggu lagi, cuba langkah-langkah di atas dan nikmati kehidupan yang sihat dan gembira walaupun di usia emas.

Farmasi : 
GuardianCaring Pharmacy
Farmasi Seluruh Malaysia
Pembelian Atas Talian :  Marketplace Utama
Biotropics Malaysia
ShopeeLazada
Kedai Jamu : 
Permata Herba
09 296 0960
TKL Advance (Kedah)
017 367 3808
Ikuti Media Sosial Kami

Kekal Sihat & Terus Aktif Pada Usia Emas