Bila bercakap soal zuriat, memang ramai yang sudah penat mencuba tetapi masih buntu. Adakala, sehinggakan rasa malu bila ditanya saudara-mara ketika majlis keraian. Malu dianggap tidak subur, atau lemah tenaga batin. Hakikatnya, mendapatkan zuriat cahaya mata pada usia yang lewat memang memerlukan ikhtiar dan strategi yang tersendiri.
Kami tahu terlalu banyak persoalan dalam minda anda sekarang. Jangan gusar, hari ini kita akan belajar beberapa perkara dan tips untuk mendapatkan cahaya mata.
Ini persoalan dan kebimbangan ramai lelaki di luar sana. Kebiasaannya lelaki di Malaysia berkahwin pada usia sekitar 30 tahun dan ada yang mahu menunggu sehingga sudah bersedia dari segi mental dan kewangan sebagai salah satu aspek dalam perancangan keluarga.
Secara puratanya, tahap kesuburan kebiasaannya akan menurun ketika lelaki itu berumur 40-45 tahun apabila kualiti sperma di dalam air mani mula menurun. Berdasarkan kenyataan ini, kita tahu yang semakin usia meningkat, semakin sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Ini satu fakta.
Apa yang dimaksudkan dengan kualiti sperma? Jika dilihat secara mendalam lagi, jumlah air mani lelaki akan semakin berkurang dan kebolehan sperma untuk menghampiri ovum bagi meneruskan proses persenyawaan juga akan berterusan menurun sedikit demi sedikit dari umur 20 hingga 80.
Mungkin kenyataan ini membuatkan anda menjadi lebih bimbang akan risiko ketidak-suburan dan kesukaran mendapatkan cahaya mata. Jangan risau, teruskan membaca kerana kami akan kongsikan beberapa cara yang anda boleh cuba untuk tingkatkan peluang mendapatkan zuriat.
Tips-tips yang kami akan kongsi dibawah boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda cuba bagi memperbaiki tahap kesuburan dan kesihatan batin anda.
Semakin usia meningkat, kita lelaki memang makin susah nak bersenam. Yang mana dulunya aktif, sekarang lebih banyak habiskan masa di rumah sambil tengok TV atau telefon bimbit. Jangan ambil ringan habit ini, menurut sebuah kajian yang dijalankan di Denmark, terlalu banyak menonton TV setiap hari juga akan membuatkan kualiti sperma anda menurun.
Masa lapang yang dulunya anda habiskan dengan menonton TV kini boleh digantikan dengan senaman ringan di rumah. Mulakan habit ini sedikit demi sedikit.
Senaman yang paling mudah untuk anda lakukan di rumah adalah senaman kardio. Senaman berbentuk kardio ini akan melatih jantung anda untuk mengepam darah dengan lebih lancar yang juga secara tidak langsung boleh membantu anda mendapatkan ereksi zakar yang lebih tegang.
Contoh senaman kardio ringkas yang anda boleh buat di rumah:
Sekiranya anda seorang yang tidak aktif bersenam, anda boleh cuba lakukan sedikit demi sedikit. Gunakan konsep non-zero day sebagai permulaan. Konsep ini bermaksud anda harus lakukan setiap hari, walaupun hanya 5 ulangan sekali buat. Yang penting jangan ada hari yang anda biarkan kosong. Teknik ini akan membantu anda membentuk habit bersenam secara lebih natural dan tidak memaksa badan.
Tapi jangan terlebih bersenam pula, kerana senam yang berlebihan mungkin boleh memberi kesan yang sebaliknya pada tahap kesuburan lelaki. Lakukan secara santai dulu.
Ramai lelaki yang mengambil ringan kesan buruk stress terhadap kualiti sperma lelaki. Cara untuk kita kenal pasti tanda-tanda stress ini mudah saja, simptom yang paling biasa kita lihat adalah sukar untuk tidur malam, sering pening kepala dan rasa sengal sengal pada otot. Jika anda ada rasa 3 perkara ini dalam masa terdekat, itu bermakna anda sedang mengalami gejala stress.
Tambahan pula, stress juga akan buatkan kita rasa kurang tarikan seksual sesama pasangan. Kadang kala kita rasa hubungan dengan pasangan kita menjadi semakin dingin tapi tak tahu kenapa. Rasa macam familiar kan
Sebagai seorang dewasa, anda memerlukan tidur malam sekitar 7 hingga 9 jam setiap hari. Amalkan tidur selewat-lewatnya pukul 12 tengah malam. Bila sudah baring di katil, elakkan dari memegang telefon pintar. Jangan baca Twitter atau Facebook, jangan semak email, dan paling penting sekali jangan main game. Cahaya biru dari skrin telefon bimbit boleh membuatkan mata menjadi lebih peka dan makin susah tidur.
Anda boleh abaikan telefon pintar di meja sisi, dan gunakan masa ini untuk berbual-bual dengan pasangan. Jadikan rutin setiap malam untuk bergurau-senda, bercerita hal-hal yang ringan, dan meluahkan rasa sayang.
Kami yakin anda akan mula nampak hasil yang positif selepas mula mengurus stress dan dapatkan tidur yang secukupnya.
Tips yang ketiga ini, memerlukan anda untuk jaga pemakanan dan mula lebih berhati-hati ketika memilih juadah hidangan. Salah satu cara untuk membantu meningkatkan kesuburan adalah dengan memastikan pengambilan Vitamin C dan Vitamin D yang cukup dalam diet pemakanan seharian.
Apa contoh makanan-makanan yang kaya dengan Vitamin C dan D?
Vitamin C
Vitamin D
Walaupun bahan-bahan makanan yang kami senaraikan di atas ini sangat popular di Malaysia, masih ramai lagi yang kekurangan Vitamin C & D. Punca utamanya adalah tabiat kerap makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Kami tahu, susah untuk anda buang tabiat pemakanan tak sihat tersebut. Tapi demi mendapatkan zuriat, anda kena berkorban, barulah lelaki sejati. Kalau kita rajin jaga makan, silap-silap badan kita sekali jadi makin segak nanti!
Kami rasa ini tips yang paling popular bila kita cerita tentang kesuburan lelaki. Siapa saja yang tak pernah dengar Tongkat Ali di Malaysia. Sebagai salah satu jalan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, anda boleh cuba suplemen tambahan yang mengandungi ekstrak Tongkat Ali asli.
Bahan Tongkat Ali semulajadi yang terkandung dalam produk seperti Nu-Prep®️ dengan Physta®️ Technology ini dapat membantu meningkatkan stamina fizikal yang akhirnya akan memberi impak positif pada tahap kesuburan anda. Ekstrak Tongkat Ali juga boleh membantu mengembalikan tahap testosteron ke tahap yang optimum.
Tetapi harus diingatkan, ekstrak herba Tongkat Ali seperti Nu-Prep®️ ini haruslah diambil dalam kadar yang selamat dan diawasi oleh pakar. Pastikan produk suplemen Tongkat Ali yang anda beli itu mendapat kelulusan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Tip yang terakhir ini kami harap dapat membuka mata anda tentang kepentingan gaya hidup yang sihat sebagai seorang bapa dan ketua keluarga. Anda sudah pun bercadang untuk melangkah ke alam baru sebagai seorang bapa, jadi ini lah masa terbaik untuk anda fikirkan masa depan anda bersama bakal anak-anak anda. Gaya hidup jenis apa yang anda nak mereka contohi daripada anda?
Jika anda seorang perokok, jadikan ini masa yang paling sesuai untuk anda mula berhenti merokok. Tabiat merokok merupakan salah satu punca utama kualiti sperma anda menurun. Merokok juga akan membahayakan kesihatan pasangan dan juga anak-anak. Ambil jalan yang terbaik dan berusaha untuk berhenti merokok.
Begitu juga dengan masalah tabiat pengambilan alkohol yang berlebihan. Cari jalan untuk anda kurangkan pengambilan alkohol dan mungkin dengan niat dan motivasi ini anda juga mampu untuk berhenti daripada mengambil minuman keras.
Jika anda mahukan anak yang sihat, aktif dan bertenaga, anda juga harus mulakan gaya hidup yang aktif dan bertenaga. Anak-anak akan lebih mudah belajar daripada mencontohi ibu bapa mereka. Ingat, keluarga yang sihat dan harmoni bermula daripada sekarang.
Proses untuk mendapatkan cahaya mata akan mengambil masa dan memerlukan usaha yang kuat daripada dua-dua belah pihak. Cuba usahakan satu demi satu tips yang kami berikan, dan jangan mudah putus asa. Anda harus kekal positif dan teruskan memberi sokongan motivasi pada pasangan anda. Kekuatan mental anda dan pasangan akan memudahkan perjalanan baru anda sebagai sepasang ibu dan bapa. Yang paling penting sekali, sertakan doa dan pohon keredhaan Allah dalam setiap ikhtiar dan usaha yang anda pelajari hari ini.
Kami doakan semoga semua pembaca dilimpahkan rezeki zuriat dan cahaya mata. Sekiranya anda rasa artikel kami bermanfaat, jangan lupa kongsikan pada ahli keluarga dan sahabat yang juga sedang mengalami kebuntuan yang sama. Klik pada butang share di bawah.