Sertai kempen #TerusAktif
Arrow

5 Petua Kekal Bertenaga Untuk Menunaikan Ibadah

August 5, 2021

Kami tahu anda mesti sedang dalam keadaan yang sangat-sangat gembira setelah akhirnya mendapat meluangkan lebih banyak masa untuk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah SWT. Tapi dalam masa yang sama, terdapat sedikit kerisauan dan kebimbangan tentang keupayaan fizikal anda untuk melengkapkan ibadah tersebut.

Semakin kita meningkat usia, semakin banyak masa yang boleh kita fokuskan pada ibadah. Kini kita pun sudah tidak sesibuk dahulu, anak-anak sudah besar dan tidak memerlukan perhatian kita selalu, kerja di pejabat juga semakin ringan beban fizikalnya, aktiviti santai bersama rakan-rakan juga semakin berkurangan. Namun, faham-faham saja lah, badan dan stamina pun sudah tidak macam muda-muda dulu.

Tapi jangan risau, kami akan kongsikan sunnah Rasulullah SAW, tips-tips kesihatan serta petua untuk anda kekal bertenaga untuk menunaikan ibadah harian dalam atikel ini. Usah biarkan keindahan dalam peluang emas untuk mendekatkan diri pada Allah SWT  ini dicemari keraguan hanya sebab kekuatan fizikal anda yang semakin pudar.

Cabaran Fizikal Untuk Menunaikan Ibadah Harian

Bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan anda, tetapi perlulah untuk anda tahu tentang keperluan keupayaan fizikal yang seringkali diabaikan orang bila bercakap soal ibadah harian. Memang betul, terdapat kelonggaran dalam menunaikan solat jika kita sudah tidak mampu secara fizikal. Tetapi haruslah kita ingat bahawa menjaga kesihatan tubuh badan juga satu tuntutan utama dalam Islam dan boleh dikira sebagai ibadah juga jika diniatkan demi Allah SWT.

Badan yang sihat dan bertenaga boleh membantu kita menunaikan solat dalam keadaan yang lebih tenang dan khusyuk. Bayangkan, semasa kita solat konsentrasi kita terganggu disebabkan rasa sengal di pinggang atau rasa sakit lutut. Itu satu contoh hilangnya khusyuk atas faktor kesihatan yang kurang memuaskan.

Apa Tips & Sunnah Untuk Kekal Bertenaga Untuk Menunaikan Ibadah?

Kebanyakan tips dan petua yang kami kongsikan ini perlu diamalkan selalu secepat mungkin sejurus anda membaca artikel ini. Semakin lewat anda bermula, makin lemah tubuh badan anda yang semakin meningkat usia ini. Jadi, sangat penting untuk anda tahu info ini seawal mungkin. Sila ambil nota atau bookmark artikel kami ini untuk rujukan di masa akan datang.

1. Kerap minum air

Menurut kajian, seorang dewasa seharusnya minum sebanyak 2-3 liter setiap hari untuk mengekalkan kesihatan badan yang optimum. Sekurang-kurangnya, satu botol besar 1.5 liter air masak. Jangan pula kita minum air-air yang manis yang berisiko mengakibatkan lebih banyak mudarat dan penyakit.

Sentiasa ingat untuk berniat minum air kerana Allah SWT. Konsep mudahnya, kita minum air dengan harapan badan menjadi semakin sihat agar kita mampu dan bertenaga untuk menjalankan apa jua ibadah demi Allah.

Berikut merupakan doa yang boleh diamalkan untuk dibaca selepas minum air.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا
Allhamdulillah hillazi jaalahu azban furaatan birahmatihi walam yajalhu milhan ujaajan bizunubinaa
Maksudnya:
“Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmat-Nya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami”

2. Tidur yang cukup & qailulah

Di zaman serba moden ini, semakin sukar untuk orang dewasa mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Seringkali kita lihat masa malam dihabiskan dengan menonton video atau melayari laman media sosial di telefon pintar. Bila tidur lewat, badan akan keletihan dan bangun juga akan jadi lewat. Lebih parah lagi bila kita terlajak tidur dan solat Subuh juga tidak dapat ditunaikan. Apatah lagi untuk bangun seketika di malam hari menunaikan solat sunat tahajjud.

Jadi adalah sangat penting untuk kita mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya supaya kita larat untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat sepanjang hari. Seorang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari. Sekiranya anda berasa letih di siang hari, anda boleh cuba sunnah Rasulullah SAW untuk Qailulah seketika pada sekitar sebelum waktu Zohor. Qailulah atau power nap ini bermaksud berehat atau tidur sebentar, dalam 20-40 minit sudah cukup untuk mengisi semula tenaga di dalam badan kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah,"
(Riwayat al-Tabarani)

Jangan pula kita lupa untuk amalkan doa sebelum tidur dan selepas bangkit dari tidur bagi mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah.

Doa Tidur
بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ
Bismikallohumma ahya wa amuutu
Maksudnya:
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

Doa Bangun Tidur
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

3. Makan secukupnya pada waktu yang betul

Tips yang seterusnya, adalah untuk makan makanan berkhasiat secukupnya. Sifir mudahnya, betul cara pemakanan makan maka cukuplah tenaga untuk kita beribadah. Tetapi harus kita waspada agar tidak makan makanan yang tidak berkhasiat secara berlebihan.

Kepentingan untuk menjaga makan dan kesihatan tubuh badan boleh kita lihat melalui hadis dibawah:

Daripada Aisyah RA,
Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari)

Antara makanan dan minuman sunnah yang boleh kita amalkan untuk menambah tenaga adalah susu, roti bijirin, minyak zaitun, madu dan kurma.

4. Amalkan suplemen herba

Setelah anda ikut semua tips dan petua di atas, anda juga boleh cuba dapatkan suplemen tambahan untuk membantu anda menguatkan lagi tubuh badan agar kekal bersemangat untuk menunaikan ibadah. Suplemen herba seperti Nu-Prep®️ dengan Physta®️ Technology yang mengandungi ekstrak Tongkat Ali juga terbukti keberkesanannya secara klinikal dalam meningkatkan tenaga fizikal. Bukan sekadar kesihatan seksual saja ya.

Antara khasiat Nu-Prep®️ ialah ianya mampu menambah mood serta menggiatkan pertumbuhan jisim otot. Khasiat ini akan membantu anda menguatkan fizikal tubuh badan serta mental untuk menempuhi cabaran menunaikan ibadah yang lengkap setiap hari.

Satu perkara yang paling penting untuk tips ini, sila dapatkan nasihat pakar seperti doktor sebelum anda mencuba mana-mana suplemen tambahan. Pastikan juga suplemen tersebut mendapat kelulusan yang sepatutnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan anda mengambil suplemen yang mengandungi bahan tidak selamat ataupun tiruan.

5. Bersenam setiap hari

Dan tips terakhir yang ingin kami kongsikan ini memerlukan disiplin dan semangat yang kuat untuk anda lakukan. Kami tahu, bersenam ini adalah satu perkara yang jarang-jarang orang suka buat lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat umur.

Aktiviti fizikal yang paling banyak akan anda lakukan dalam menunaikan ibadah harian adalah bersujud dan mengangkat badan dari sujud. Jadi, paling asasnya anda harus melatih kaki dan bahagian bawah badan agar mampu melakukan dua pergerakan fizikal ini. Tips ini perlu anda amalkan seawal mungkin.

Anda boleh cuba untuk berjalan sekitar kawasan perumahan dahulu, dan tingkatkan jaraknya sedikit demi sedikit agar badan anda tidak terkejut. Jangan lupa juga untuk melakukan senam regangan otot sebelum mula berjalan. Bila kita bersenam secara mengejut dan terlalu memaksa badan, badan kita cenderung untuk mendapat kecederaan. Amalkan kesederhanaan, terlalu banyak berjalan juga boleh mendatangkan rasa sengal-sengal pada lutut.

Ingat ya, kecederaan kecil seperti terseliuh atau tergeliat pergelangan kaki akan memberi impak yang sangat-sangat besar kepada keseluruhan ibadah harian anda. Bila kaki sakit, kita nak berdiri dan rukuk pun susah. Bila sakit juga, hati dan mental kita tidak tenang maka kekusyukan dalam beribadah itu akan hilang.

6. Berdoa Pada Allah Agar Diberikan Kekuatan

Segala yang kita usahakan dan ikhtiarkan akan membuahkan hasil atas keredhaan Allah SWT. Hanya pada-Nya kita meminta kesihatan tubuh badan agar dapat menunaikan ibadah. Maka, selitkan doa agar diberikan kekuatan fizikal dalam setiap solat harian kita.

Sepertimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud : “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman).”

Kami akhiri artikel kami pada hari ini dengan doa semoga kita semua dikurniakan kesihatan tubuh badan dan tenaga oleh Allah SWT.

Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I. Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.
Doa Kesihatan & Kesejahteraan Diri

Maksudnya:
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku.
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku.
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran.
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Sekiranya artikel ini anda rasakan berguna pada anda, kongsikan pada keluarga dan sahabat yang anda kenali. Semoga kita semua sama-sama mendapat manfaatnya.

Farmasi : 
GuardianCaring Pharmacy
Farmasi Seluruh Malaysia
Pembelian Atas Talian :  Marketplace Utama
Biotropics Malaysia
ShopeeLazada
Kedai Jamu : 
Permata Herba
09 296 0960
TKL Advance (Kedah)
017 367 3808
Ikuti Media Sosial Kami

5 Petua Kekal Bertenaga Untuk Menunaikan Ibadah